''Tertutup sudah pintu ..
pintu hatikuYang pernah dibuka waktu hanya untukmu
Kini kau pergi dari hidupku
Kuharus relakanmu walau aku tak mau
Berjuta warna pelangi didalam hati
Sejenak luluh bergeming menjauh pergi
Tak ada lagi cahaya suci
Semua nada beranjak aku terdiam sepi
Dengarlah matahariku suara tangisanku
Kubersedih kerna panah cinta menusuk jantungku
Ucapkan matahariku puisi tentang hidupku
Tentangku yang tak mampu menaklukan waktu
Berjuta warna pelangi didalam hati
Sejenak luluh bergeming menjauh pergi
Tak ada lagi cahaya suci
Semua nada beranjak aku terdiam sepi''
Assalamualaikum.Setelah sekian lama tidak mengemaskini blog ini,rasa terlalu rindu.
Terlalu banyak perkara yang terjadi tahun ini.Rasanya lebih pahit dari manis.tetapi itu adalah ujian kan?
Hari ini aku tak datang sekolah kerana ada check up.Aku dipaksa untuk bangun pada pukul 0615 supaya solat dan terus mandi tetapi aku melanjutkan tidurku sehingga 0630 dan akhirnya aku mandi pada pukul 0700.
Ibuku berkata kita harus keluar pada pukul 0730 namun aku mengambil terlalu banyak masa sekali sehingga 0735.haha!Sumpah,apa yang aku beritahu kamu semua tidak penting tetapi aku tulis juga hanya kerana ingin membuat aku lupa akan kesakitan yang amat sangat.Kesakitan bukan pada zahir tetapi batin dan ia terletak di dalam kalbu.Walaupun aku seakan akan kecoh,ketawa bersam teman tetapi Dian dan Aqeela tahu bagaimana aku rasa sebenarnya,Betul tidak?haish.Aku tutup juga hanya ingin menyedapkan hati setiap insan.Sambung pada cerita,aku terus keluar dan berjalan dengan perlahan ke MRT lakeside.Setelah 30 minit kemudian,tiba di Raffles lalu tukar keretapi.Setibanya aku di tempat check up itu,aku mula memikir dan meratapi apa akan terjadi pada ku.Impianku hanya ingin untuk pergi melawat negeri Paris dan New zeland tetapi adakah aku mungkin meniggalkan semua disini dan membawa diri ke sana?mungkin aku patut,mungkin tidak.Hanya tuhan sahaja yang tahu segalanya tentang masa depan ku.Apabila selesai berjumpa dengan doktor,ambil beberapa ubat,terus aku dan ibu mencari tempat untuk mengisi perut.Aku ingin menikmati hidangan di Pastamania tetapi apabila aku melihat papan TUTUP di depan pintu,hasrat ku tertutup,terus aku ke Fastfood Restaurant.
Aku pelik sebenarnya,kenapa aku menggunakan bahasa baku?kenapa aku memekatkan bahasa melayuku?ia hanya kerana aku dapat melupakan tragedi tragedi yang cukup memedihkan bak kau lempar asid di hatiku. Masih belum habis cerita.Setelah puas dengan apa yang aku nikmati tadi,pulanglah jawapannya.Ketika aku pulang,bagai begitu sunyi dan sepi sekali perasaan tetapi yang membahagiakan aku adalah melihat kerenah dan telatah masyarakat diluar sana.Lucu sekali.Itu sahaja yang aku mampu aku ceriota pada hari ini..Sudah terlalu sakit hatiku mengenang nasib lalu.Semalam,aku ada menulis sebuah sajak yang akan aku kongsi bersam kamu.Hayatilah.
KEINGINANKU YANG PALING AKHIR.
Matahari,
Engkaulah teman.
Bulan,
Engkaulah kawan.
Bintang,
Persahabatan kita tidak pernah bersempadan.
Merenung ke angkasa sana,
Mengharap impianku terlaksana.
Keinginanku,kemahuanku,
yang paling akhir.
Ya tuhan,
Dengan perasaan malu
Campur dengan rasa sendu,
Tunaikanlah impian ku.
Penuhilah cita citaku.
Hanya satu permintaanku,
Permintaan terakhirku
adalah
Aku ingin bersamanya selama lama
hingga memasuki alam syurga.
itu,
Itu adalah kemahuan ku yang terakhir.
=